LATAR
BELAKANG
MyPUMA ialah sebuah persatuan yang tidak bermatlamatkan keuntungan. Misi kami adalah untuk memperkasakan usahawan untuk mengembangkan dan mengekalkan perniagaan yang berjaya melalui pembinaan rangkaian dan program pendidikan keusahawanan yang berkualiti. Pertama, kami menumpukan pada mencipta pengalaman rangkaian berkualiti secara sistematik, supaya usahawan boleh berhubung di peringkat tempatan dan nasional, yang boleh membantu mereka mencapai matlamat mereka. Kedua, kami fokus pada Pendidikan keusahawanan. Program latihan kami menampilkan penceramah dan jurulatih terbaik dan berpengalaman untuk memberikan para usahawan maklumat dan motivasi yang diperlukan untuk berkembang.
MATLAMAT
KAMI
Memudahcara proses pembudayaan keusahawanan sebagai pemacu inovasi dan menggalakkan penciptaan pekerjaan baharu.
Melaksanakan penyelesaian yang bertanggungjawab secara sosial dan alam sekitar dan untuk menggalakkan keusahawanan.
Memberi inspirasi dan memberi bimbingan untuk idea dan projek perniagaan usahawan.
Untuk membantu usahawan semasa dan bakal usahawan meningkatkan potensi mereka dan memajukan masyarakat dengan berkongsi pengetahuan dan membangunkan minda keusahawanan dan inovatif.
Meningkatkan pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial setempat dan untuk meningkatkan keusahawanan melalui profesionalisme, kualiti unggul dan inovasi.
PERIHAL
CARTA ORGANISASI

Pengerusi
Mohammad Noorizzuddin B Nooh

Timbalan Pengerusi
Jamal Abdul Nassir Bin Shaari

Setiausaha
Ade Azreena Binti Mahadi

Pen. Setiausaha
Mohd Shukor Harun

Bendahari
Nurul Aini Muhamed

Ahli Jawatankuasa
Zulkifly Bin Mohd Zaki

Ahli Jawatankuasa
Mohd Isnain B Ali
PROFIL
TRAINER

- Dilahirkan di Kaherah, Mesir pada 19 September 1976 dan kini menetap di Sepang, Selangor. Mempunyai 2 orang puteri berusia 17 tahun dan 15 tahun serta seorang putera berumur 12 tahun. Memulakan kerjaya di MIMOS Berhad, sebelum berpindah ke TPM Academy Sdn Bhd sebagai pegawai bertanggungjawab ke atas pembangunan pemasaran. Kini beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia.
- Mendapat Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa dari University of Colorado at Boulder pada tahun 1999 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2001 dari Universiti Teknologi MARA. Sekarang beliau sedang menyambung pengajian di dalam bidang Doctor of Business Administration (DBA), Pole Paris Alternance (PPA)-France.
- Mempunyai sijil Training for Trainers (TOT) dari PSMB, AliBaba Business School dan juga MDEC. Selain itu, beliau adalah merupakan certified PBL Trainer (Level 3)
- Pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia selama 2 penggal mulai 2015-2019
- Dilantik sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Genius Malaysia mulai Januari 2020
- Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Perdana Menteri (secsara pinjaman pada tahun 2017)
- Bidang kepakaran ialah pengurusan krisis, pemasaran, motivasi Usahawan, pengurusan jenama, kepimpinan, Pendidikan keusahawanan
- Emel : noorizzuddin@usim.edu.my
|

- Merupakan mantan Pengarah di Pusat Keusahawanan Universiti USIM (PKUU) dan juga terlibat secara aktif dalam bidang pembangunan usahawan di intitusi pengajian tinggi awam sejak 2016.
- Kajian beliau meliputi keusahawanan, perusahaan sosial, permulaan untuk graduan, tadbir urus korporat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
- Kini beliau berkidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
- Beliau merupakan jurulatih serta mentor keusahawanan yang bertauliah yang terlibat secara aktif didalam pelbagai program keusahawanan bersama IPT dan agensi-agensi kerajaan seperti SME Corp, Maktab Koperasi Malaysia dan UNESCO.
- Beliau juga telah membentangkan kerja penyelidikannya dalam beberapa persidangan tempatan dan antarabangsa di seluruh dunia mengenai CSR dan keusahawanan.
- Beliau sangat aktif didalam mendalami ilmu keusahawanan dan berjaya memprolehi Level 3 Diploma In Digital Entrepreneurship, LRN United Kingdom pada tahun 2019.
- Beliau juga merupakan ahli didalam beberapa badan antarabangsa seperti Associate Fellow United Kingdom Higher Education Academy (UKHEA), Member Of British Accounting And Finance Association (BAFA),United Kingdom dan Member Of European Accounting Association Congress (EAA),Brussels Belgium.

- Merupakan Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Felo di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM).
- Beliau juga merupakan Timbalan Pengarah di Pusat Zakat dan Wakaf (PWZ), USIM dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan).
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah (Pengurusan) dari Universiti Malaya (2001), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003) dan Master of Islamic Finance Practice (MIFP) dari INCEIF (2020).
- Beliau dianugerahkan PhD (Perniagaan dan Pengurusan) dari University of South Australia (2009).
- Pada masa ini, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Syariah, BNP Paribas Malaysia Berhad.
- Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah di Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Hong Leong MSIG Takaful.
- Beliau turut terlibat aktif di dalam persatuan akademik sebagai exco, International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE).
- Minat bidang penyelidikannya meliputi Undang-Undang Transaksi Islam, Perbankan dan Kewangan Islam, Pematuhan Halal dan Tadbir Urus Syariah.
- Emel : nurulaini@usim.edu.my

- Memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, USIM Education and Skills Development Sdn Bhd. (UESSB).
- Beliau juga berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Felo di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM).
- Merupakan mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd. (UTHSB) dan mantan Ketua Penasihat Business Development Unit, USIM.
- Memulakan kerjaya di Mortgage Guarantee Insurance Corporation (MGIC), USA sebagai Account Reconciliation & Research Specialist dan pernah berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama 18 tahun sebelum menyertai USIM pada tahun 2015.
- Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dari Reitaku University, Jepun dan juga berkelayakan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pengkhususan Kewangan daripada Marquette University, USA.
- Mempunyai minat dalam bidang Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, beliau aktif dalam memberi khidmat perundingan serta menjalankan kajian penyelidikan.
- Pernah dianugerah dengan geran penyelidikan antarabangsa daripada Toyota Foundation; beliau kerap diundang sebagai pengucaptama bagi persidangan dalam dan luar negara.
- Emel : jamal@usim.edu.my

- Merupakan Profesor Madya di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
- Memperoleh Ijazah Sarjana di dalam bidang Pengkomputeran Multimedia dari Universiti Multimedia (2005) dan PhD (Pengkomputeran) dari University of Leeds, United Kingdom (2012).
- Beliau telah terlibat dengan beberapa penyelidikan di dalam merekabentuk aplikasi (MyQiraat, EzHifz) dan sistem yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna.
- Projek pemerkasaan usahawan makanan mikro B40 “Homebased” dan “street food” melalui latihan dan pemantauan bersemuka dan atas talian di bawah Yayasan Hasanah – MyLMS dan Diari Usahawan 1.0.
Projek pemerkasaan usahawan ibu tunggal B40 melalui latihan atas talian di bawah geran Yayasan Hasanah – MyLMS Advanced dan Diari Usahawan 2.0. - Beliau juga turut memberikan latihan kepada pengaturcara di Jabatan IT di dalam sektor swasta.
- Minat bidang penyelidikannya meliputi Rekebantuk Sistem, Ontology, Pembangunan Sistem dan Multimedia.
- Emel : zulkifly@usim.edu.my

- Lahir di Kg Limbongan Melaka & telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata
- Mendapat ijazah Bahasa dan Lingustik Melayu dari Universiti Putra Malaysia 2006
dan Master Bahasa Melayu 2008 - Professional Certificate for Entrepreneurial Educators@3EP Sijil Kejurulatihan Keusahawanan dari pada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2016
- Banyak terlibat dalam menjadi Panel Juri, Penceramah, Penilai Projek Keusahawanan peringkat IPTA/IPTS dan Penulis Buku Usahawan.
- Penceramah Program Latihan Usahawan Muda(PUNB)
- Program Khas Pembangunan Perniagaan Kosiswa 2017 anjuran Angkasa
- Business Model Canvas (BMC) & Pembangunan Koperasi Usahawan Siswa
- Emel : mia@upm.edu.my
GALERI
PROGRAM
Kelas Literasi Kewangan B40






Program Usahawan B40 YH 1.0














HUBUNGI
KAMI
- info@mypuma.org
- 016-203 6654
